Jurusan Seni Kraf Batik
-
Pengenalan
Objektif Pendidikan Program (PEO) Diploma Seni Kraf Batik
Objektif Pendidikan Program Diploma Seni Kraf Batik ialah melahirkan graduan yang berupaya :
- Mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang tekstil dan berkemahiran tinggi dalam bidang kraf batik;
- Mengaplikasikan kemahiran teknikal secara kreatif, inovatif dan berteknologi dalam bidang kraf batik;
- Mempunyai sikap tanggungjawab, beretika dan berkomunikasi secara berkesan dalam bidang kraf batik;
- Mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bagi bidang kraf batik untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Di akhir program Diploma Seni Kraf Batik, graduan berupaya :
- Mengaplikasi pengetahuan teori dan amali secara sistematik di dalam penghasilan kraf batik;
- Mengaplikasikan kemahiran teknikal yang tinggi untuk menghasilkan kerja seni yang kreatif dan inovatif dalam kraf batik;
- Menyampaikan maklumat secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf batik;
- Mengolah idea secara inovatif dan kritis dalam penyelesaian asas bidang teknikal batik untuk menghasilkan produk batik;
- Berinteraksi dan berkolaborasi di dalam kerja berkumpulan bagi menyelesaikan masalah dalam meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf batik;
- Menguasai kemahiran penggunaan teknologi digital secara beretika bagi pengurusan maklumat dalam menyampaikan idea untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf batik;
- Menjalankan aktiviti keusahawanan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang batik;
- Mengamalkan kemahiran kerja beretika secara profesional dalam pembangunan industri kraf batik;
- Mengambil bahagian dalam pelaksanaan kepimpinan dan bertanggungjawab di dalm bidang batik.
Objektif Pendidikan Program (PEO) Sijil Seni Kraf Batik
Objektif Pendidikan Program Sijil Seni Kraf Batik ialah melahirkan graduan yang berupaya :
- Mempunyai asas ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kraf batik, asas keusahawanan dan asas komunikasi;
- Mempunyai asas kemahiran kreatif, asas teknikal dan teknologi dalam bidang kraf batik;
- Menunjukkan sikap tanggungjawab dan beretika dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi bidang kraf batik.
Di akhir program Sijil Seni Kraf Batik, graduan berupaya :
- Memahami pengetahuan asas teori di dalam penghasilan kraf batik;
- Mengaplikasikan asas kemahiran amali teknikal untuk menghasilkan kerja seni dalam kraf batik;
- Menyampaikan idea secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf batik;
- Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam penghasilan kraf batik;
- Berinteraksi di dalam kerja berkumpulan bagi meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf batik;
- Menggunakan asas kemahiran teknologi digital secara beretika dalam menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf batik;
- Menjalankan aktiviti asas keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bidang kraf batik;
-
Bertanggungjawab dan mengamalkan etika bekerja yang selamat dalam bidang kraf batik.
-
Tenaga Pengajar
Nama Gelaran Jawatan Kepakaran
Pengkhususan
Noor Shaibah Binti said Ketua Jurusan Seni Kraf Batik Pereka Kanan Tekstil Batik Mohd Sakri bin Ismail Pereka Kanan Pereka Tekstil Batik (Penyelaras Program Diploma) Arsad bin Ibrahim Pereka Pereka Tekstil Batik (Penyelaras Program Sijil) Normaziah binti Kamaruzaman Pembantu Pegawai Latihan Batik Lukis (Canting), Batik Blok dan Pewarnaan Asli Noor Azizah binti Zainal Abidin Pembantu Pegawai Latihan Batik Lukis (Canting), Batik Blok dan Pewarnaan Asli Nora binti Ali Pembantu Pegawai Latihan Batik Lukis (Canting), Batik Blok dan Pewarnaan Asli Rozi bin Muhammad Noor Pembantu Pegawai Latihan Kanan Batik Blok, Batik Lukis (Canting), Pewarnaan Asli, Air Brush dan Batik Skrin Shamsuldhuha binti Mustaffa Pembantu Pegawai Latihan Batik Lukis (Canting), Batik Blok dan Pewarnaan Norshela Emyza Binti Ahmad Baharuddin Pembantu Pegawai Latihan Batik Lukis (Canting), Batik Blok dan Pewarnaan
-
Program Pengajian
Jurusan Seni Kraf Batik menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf batik bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :
Program Sijil Seni Kraf Batik (SK 100) Program Diploma Seni Kraf Batik (DK 100)
Program Sijil Seni Kraf Batik (SK 100)
SINOPSIS
Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf batik bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf batik melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir Program ini :
- Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf batik.
- Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf batik.
- Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
- Kebolehan mengaplikasikan kemahiran membatikbagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
- Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.
PELUANG KERJAYA
Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Batik, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.
Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).
Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil : 65 jam kredit
STRUKTUR PENAWARAN KURSUS
Program Diploma Seni Kraf Batik (DK 100)
SINOPSIS
Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual kepada para graduan. Kemahiran pemikiran intelektual bukan sahaja dari segi kemahiran kraf batik tetapi juga dari aspek pembuatan mengikut teknik dan cita rasa semasa mengikut keperluan industri.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir Program ini :
- Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf batik.
- Kebolehan mencari peluang dari sumber budaya tempatan sebagai aktiviti-aktiviti keusahawanan.
- Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi kegunaan yang lebih praktikal, kreatif dan berdaya saing.
- Kebolehan mereka bentuk seni kraf batik dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.
- Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf batik dengan bantuan ICT.
- Kebolehan mengaplikasikan kajian yang berinovatif, kreatif, berdaya usaha.
- serta dapat menghasilkan produk seni kraf batik kontemporari.
PELUANG KERJAYA
Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Batik, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.
Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).
Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma : 90 jam kredit
STRUKTUR PENAWARAN KURSUS
Kembali Atas -
Kemudahan
Jurusan Seni Kraf Batik di Institut Kraf Negara mempunyai 12 orang kakitangan yang berjawatan sebagai Pereka/Pensyarah, Pengajar Kraf dan Pembantu Makmal Kanan. Semua kakitangan ini terlibat mengajar secara langsung dan tidak langsung berkaitan pembelajaran iaitu pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang batik. Kebanyakkan tenaga pengajar ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi di dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Bengkel Jurusan Seni Kraf Batik
Jurusan Seni Kraf Batik mempunyai jumlah pelajar paling ramai pada tiap-tiap semester , di atas dasar inilah bengkel yang diperuntukkan agak besar dengan jumlah bangunan bengkel sebanyak 5 unit, 1 bengkel tambahan, 1 bengkel kemasan, 1 makmal pewarnaan dan terkini 1 unit bangunan 4 tingkat yang dijangka siap pada Oktober 2010.
Studio Jurusan Seni Kraf Batik
Jurusan Seni Kraf Batik mempunyai 2 studio yang didekorasikan dalam suasana yang indah untuk memberi ruang yang selesa serta inspirasi cetusan idea kepada pelajar untuk mengilhamkan karya-karya yang indah. Studio digunakan bagi tujuan syarahan, lakaran dan rekaan bersumberkan alam dan sebagainya.
Kemudahan Tempat, Bahan dan Peralatan membatik di Jurusan Seni Kraf Batik
Kemudahan tempat belajar seperti makmal pewarnaan, set dapur melilin, set pemidang, set troli pewarnaan dan dapur serta kelengkapan kawasan kemasan produk yang moden memberi ruang kepada pelajar untuk belajar dan melakukan aktiviti di dalam suasana yang tenang.
Kemudahan Mesin Teknologi di Jurusan Seni Kraf Batik
Kemudahan teknologi dan mesin di dalam proses membatik juga disediakan bagi memberi pendedahan teknologi kepada pelajar. Perkakasan yang disediakan seperti Digital Printing machine, T-shirt Printing Machine dan Grinder Machine, proses penyediaan bahan untuk pewarnaan alam.
Produk Hasilan Pelajar di Jurusan Seni Kraf Batik
Para pelajar akan didedahkan kepada proses rekaan untuk menghasilkan produk berasaskan batik. Hasilan batik bagi pelajar tahun akhir perlu direka sehingga siap ( finish product ) untuk diperagakan dan dinilai. Pelajar juga dibimbing supaya terlibat di dalam pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Batik Piala Seri Endon, Pertandingan Kemahiran Malaysia dan Pertandingan Myskills.