Skip to main content

Jurusan Seni Kraf Rotan

  • Pengenalan

    Objektif Pendidikan Program (PEO) Diploma Seni Kraf Rotan

    Objektif Pendidikan Program Diploma Seni Kraf Rotan ialah melahirkan graduan yang berupaya :

    1. Mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang kraf rotan dan berkemahiran tinggi dalam bidang anyaman;
    2. Mengaplikasikan kemahiran teknikal secara kreatif, inovatif dan berteknologi dalam bidang kraf rotan
    3. Mempunyai sikap tanggungjawab, beretika dan berkomunikasi secara berkesan dalam bidang kraf rotan;
    4. Mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bagi bidang kraf rotan untuk pembelajaran sepanjang hayat.

     

    Di akhir program Diploma Seni Kraf Rotan, graduan berupaya :

    1. Mengaplikasi pengetahuan teori dan amali secara sistematik di dalam penghasilan kraf rotan;
    2. Mengaplikasikan kemahiran teknikal yang tinggi untuk menghasilkan kerja seni yang kreatif dan inovatif dalam kraf rotan;
    3. Menyampaikan maklumat secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf rotan;
    4. Mengolah idea secara inovatif dan kritis dalam penyelesaian asas bidang teknikal rotan untuk menghasilkan produk rotan;
    5. Berinteraksi dan berkolaborasi di dalam kerja berkumpulan bagi menyelesaikan masalah dalam meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf rotan;
    6. Menguasai kemahiran penggunaan teknologi digital secara beretika bagi pengurusan maklumat dalam menyampaikan idea untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf rotan;
    7. Menjalankan aktiviti keusahawanan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang rotan;
    8. Mengamalkan kemahiran kerja beretika secara profesional dalam pembangunan industri kraf rotan;
    9. Mengambil bahagian dalam pelaksanaan kepimpinan dan bertanggungjawab di dalm bidang rotan.


    Objektif Pendidikan Program (PEO) Sijil Seni Kraf Rotan

    Objektif Pendidikan Program Sijil Seni Kraf Rotan ialah melahirkan graduan yang berupaya :

    1. Mempunyai asas ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kraf rotan, asas keusahawanan dan asas komunikasi;
    2. Mempunyai asas kemahiran kreatif, asas teknikal dan teknologi dalam bidang kraf rotan;
    3. Menunjukkan sikap tanggungjawab dan beretika dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi bidang kraf rotan.

     

    Di akhir program Sijil Seni Kraf Rotan berupaya :

    1. Memahami pengetahuan asas teori di dalam penghasilan kraf rotan;
    2. Mengaplikasikan asas kemahiran amali teknikal untuk menghasilkan kerja seni dalam kraf rotan;
    3. Menyampaikan idea secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf rotan;
    4. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam penghasilan kraf rotan;
    5. Berinteraksi di dalam kerja berkumpulan bagi meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf rotan;
    6. Menggunakan asas kemahiran teknologi digital secara beretika dalam menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf rotan;
    7. Menjalankan aktiviti asas keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bidang kraf rotan;
    8. Bertanggungjawab dan mengamalkan etika bekerja yang selamat dalam bidang kraf rotan.

  • Tenaga Pengajar

    Nama Gelaran Jawatan

    Kepakaran

    Pengkhususan

    Fazar Ivan Hidayat Bin Zahari Ketua Jurusan Seni Kraf Rotan Pereka Kanan Rotan
    Mohd Nazri Bin Mohd Shafari Pereka Pereka Rotan (Penyelaras Program Diploma dan Sijil)
    Mohd Hamiruz bin Abd Latif Pembantu Pegawai Latihan Kanan Seni Anyaman Perabot (Kontemporari)
    Mohd Najib bin Ali Pembantu Pegawai Latihan (Pembantu Makmal) Pewarnaan dan Kemasiapan
    Norashela Binti Abas Pembantu Pegawai Latihan Seni Anyaman Bakul (“Basketry”)
    Ellysah Jemmilie Pembantu Pegawai Latihan Seni Anyaman Perabot (Kontemporari)
  • Program Pengajian

    Jurusan Seni Kraf Rotan menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Rotan bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

    Program Sijil Seni Kraf Rotan (SK 105) Program Diploma Seni Kraf Rotan (DK 105)

    Program Sijil Seni Kraf Rotan (SK 105)


    SINOPSIS
    Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Rotan bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf Rotan melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Rotan.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Rotan.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Rotan, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil : 65 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS


    Program Diploma Seni Kraf Rotan (DK 105)


    SINOPSIS
    Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf Rotan tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Rotan.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Rotan.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran pembuatan kraf Rotan bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.
    • Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Rotan dengan bantuan ICT.
    • Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf Rotan secara tradisional dan kontemporari.

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Rotan, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma : 90 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

  • Kemudahan

    Tenaga Pengajar
    Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian anyaman dan bahagian pembuatan perabut. Setiap pengajar yang terlatih akan mengajar semua teknik-teknik asas anyaman rotan dan pembuatan perabut kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di Jurusan Seni Kraf Rotan. Setiap tenaga pengajar mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan pelajar di bawah didikannya mendapat ilmu yang mencukupi pada tahap kemahiran yang diperlukan.

    Bengkel Anyaman
    Bengkel anyaman rotan berada ditingkat 2 bersebelahan dengan studio semester 01 dan 02. Bengkel anyaman adalah tempat permulaan bagi pelajar-pelajar semester 01 dan 02 untuk mengenali jenis-jenis rotan, peralatan tangan yang digunakan, mesin-mesin serta teknik-teknik anyaman rotan.

    Bengkel Perabut
    Bengkel pembuatan perabut rotan terletak dibahagian bawah bangunan Jurusan Seni Kraf Rotan. Ruang bengkel perabut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk semester 04 dan 06. Bengkel yang luas dengan mempunyai kelengkapan mesin yang mencukupi menjadikan pelajar-pelajar Jurusan Seni Kraf Rotan selesa dan dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

    Studio
    Terdapat 3 bilik studio yang digunakan oleh para pelajar terdiri dari studio semester 02, semester 04 serta studio semester 06. Studio semester 02 berada ditingkat 2 disebelah bengkel anyaman,didalam studio pelajar dihiasi dengan produk siap yang dihasilkan oleh pelajar semasa didalam kelas bengkel dan juga produk yang diajar oleh tenaga pengajar luar bagi setiap kursus anjuran Jurusan Seni Kraf Rotan. Studio 04 dan studio 06 pula berada ditingkat 3. Studio 04 bersebelahan dengan bengkel jurusan fesyen manakala studio 06 pula bersebelahan dengan bilik staff projek RND Jurusan Seni Kraf rotan. Setiap studio digunakan untuk membuat kelas rekaan dan juga perbincangan bagi para pelajar.

    Produk Hasil Pelajar
    Setiap hasil pelajar yang terpilih akan dipamerkan didalam galeri jurusan. Terdapat pelbagai produk yang berkaitan dengan penghasilan perabut rotan, anyaman bakul dan juga produk-produk gabungan baru yang direka oleh para pelajar. Setiap produk akan disusunatur mengikut kesesuaian set yang dihasilkan oleh para pelajar. Galeri ini juga berfungsi sebagai rujukan bagi para pelajar-pelajar jurusan dan juga pameran bagi rombongan lawatan pihak luar seperti dari institusi pengajian tinggi atau sekolah-sekolah.

    Persekitaran Menarik
    Persekitaran yang menarik dan penuh ketenangan dapat dilihat dari segi pemandangan yang menghadap Bukit Takun dan kawasan dibengkel membolehkan para pelajar-pelajar mencari inspirasi dan mengembangkan idea untuk membuat sesuatu projek yang diarahkan.

    Kemudahan-Kemudahan Baru Yang Disediakan
    Spray booth - Digunakan untuk proses kerja-kerja kemasan pada produk yang telah dihasilkan oleh para pelajar. Selain itu tujuan penggunaan spray booth adalah untuk memerangkap lebihan-lebihan bahan kimia daripada mencemarkan udara. Spray booth ini ditempatkan di dalam bilik kemasan yang berada bersebelahan dengan bengkel perabut.

    Digital steamer - Mesin ini digunakan bagi melembutkan rotan bagi memudahkan pelajar dalam melakukan pembengkokkan rotan bersaiz besar mengikut jig ataupun acuan. Digital steamer ini akan dapat menjimatkan masa pelajar untuk menghasilkan produk-produk yang berkaitan dengan pembuatan perabut rotan. Digital steamer ini ditempatkan diluar bengkel rotan bagi mengurangkan penggunaan didalam bengkel dan memudahkan proses untuk memasukkan rotan serta mengalirkan lebihan air setelah selesai menggunakan mesin digital steamer.

    Aktiviti Luar
    Selain dari mengajar didalan Institut Kraf Negara (IKN), tenaga pengajar Fakulti Seni Kraf Rotan juga dipangil oleh institusi-institusi pengajian tinggi supaya mengajar dan membuat demo tentang asas serta teknik-teknik anyaman. Baru-baru ini seramai 4 orang tenaga pengajar telah terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Fakulti Seni, Universiti Malaya bagi projek major pelajar-pelajar semester 02 Fakulti tersebut dan seramai orang pelajar yang mengikuti program ini.
  • Galeri

    Koleksi Hasilan Rotan

    Koleksi Hasilan Rotan

    Studio

    Studio

    Bengkel

    Bengkel

    Bangunan

    Bangunan

    Aktiviti Bengkel Rotan

    Aktiviti Bengkel Rotan