Jurusan Seni Kraf Tenunan
-
Pengenalan
Objektif Pendidikan Program (PEO) Diploma Seni Kraf Tenunan
Objektif Pendidikan Program Diploma Seni Kraf Tenunan ialah melahirkan graduan yang berupaya :
- Mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang tekstil dan berkemahiran tinggi dalam bidang kraf tenunan;
- Mengaplikasikan kemahiran teknikal secara kreatif, inovatif dan berteknologi dalam bidang kraf tenunan;
- Mempunyai sikap tanggungjawab, beretika dan berkomunikasi secara berkesan dalam bidang kraf tenunan;
- Mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bagi bidang kraf tenunan untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Di akhir program Diploma Seni Kraf Tenunan, graduan berupaya :
- Mengaplikasi pengetahuan teori dan amali secara sistematik di dalam penghasilan kraf tenunan;
- Mengaplikasikan kemahiran teknikal yang tinggi untuk menghasilkan kerja seni yang kreatif dan inovatif dalam kraf tenunan;
- Menyampaikan maklumat secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf tenunan;
- Mengolah idea secara inovatif dan kritis dalam penyelesaian asas bidang teknikal tenunan untuk menghasilkan produk tenunan;
- Berinteraksi dan berkolaborasi di dalam kerja berkumpulan bagi menyelesaikan masalah dalam meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf tenunan;
- Menguasai kemahiran penggunaan teknologi digital secara beretika bagi pengurusan maklumat dalam menyampaikan idea untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf tenunan;
- Menjalankan aktiviti keusahawanan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang tenunan;
- Mengamalkan kemahiran kerja beretika secara profesional dalam pembangunan industri kraf tenunan;
- Mengambil bahagian dalam pelaksanaan kepimpinan dan bertanggungjawab di dalm bidang tenunan.
Objektif Pendidikan Program (PEO) Sijil Seni Kraf Tenunan
- Objektif Pendidikan Program Sijil Seni Kraf Tenunan ialah melahirkan graduan yang berupaya :
- Mempunyai asas ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kraf tenunan, asas keusahawanan dan asas komunikasi;
- Mempunyai asas kemahiran kreatif, asas teknikal dan teknologi dalam bidang kraf tenunan;
- Menunjukkan sikap tanggungjawab dan beretika dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi bidang kraf tenunan.
Di akhir program Sijil Seni Kraf Tenunan, graduan berupaya :
- Memahami pengetahuan asas teori di dalam penghasilan kraf tenunan;
- Mengaplikasikan asas kemahiran amali teknikal untuk menghasilkan kerja seni dalam kraf tenunan;
- Menyampaikan idea secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf tenunan;
- Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam penghasilan kraf tenunan;
- Berinteraksi di dalam kerja berkumpulan bagi meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf tenunan;
- Menggunakan asas kemahiran teknologi digital secara beretika dalam menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf tenunan;
- Menjalankan aktiviti asas keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bidang kraf tenunan;
- Bertanggungjawab dan mengamalkan etika bekerja yang selamat dalam bidang kraf tenunan.
-
Tenaga Pengajar
Nama Gelaran Jawatan Kepakaran
Pengkhususan
Noridah binti Johan Ketua Jurusan Seni Kraf Tenunan Pereka Kanan Tekstil Tenunan Norizah binti Abdullah Pereka Pereka Tenunan dan Songket (Penyelaras Program Diploma) Abdullah bin Saari Pereka Pereka Tenunan dan Songket Nor Azian binti Mohd Amin Pembantu Pegawai Latihan Tenunan, Songket dan Table Loom Yusnida binti Yusof Pembantu Pegawai Latihan Tenunan, Songket dan Tapestry Wan Hazuzie binti Mustpha Pembantu Pegawai Latihan Tenunan dan Songket Siti Noor Hazilah binti Maarop Pembantu Pegawai Latihan Tenunan dan Songket Siti Maziah binti Mohd Zuber Pembantu Pegawai Latihan (Pembantu Makmal) Kajian dan Pewarnaan Tekstil -
Program Pengajian
Jurusan Seni Kraf Tenunan menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf tenunan bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :
Program Sijil Seni Kraf Tenunan (SK 101) Program Diploma Seni Kraf Tenunan (DK 101)
Program Sijil Seni Kraf Tenunan (SK 101)
SINOPSIS
Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf tenunan bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf tenunan melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir Program ini :
- Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf tenunan.
- Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf tenunan.
- Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
- Kebolehan mengaplikasikan kemahiran memtenunan bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
- Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.
PELUANG KERJAYA
Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Tenunan, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.
Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).
Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil : 65 jam kredit
STRUKTUR PENAWARAN KURSUS
Program Diploma Seni Kraf Tenunan (DK 101)
SINOPSIS
Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual kepada para graduan. Kemahiran pemikiran intelektual bukan sahaja dari segi kemahiran kraf tenunan tetapi juga dari aspek pembuatan mengikut teknik dan cita rasa semasa mengikut keperluan industri.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir Program ini :
- Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf tenunan.
- Kebolehan mencari peluang dari sumber budaya tempatan sebagai aktiviti-aktiviti keusahawanan.
- Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi kegunaan yang lebih praktikal, kreatif dan berdaya saing.
- Kebolehan mereka bentuk seni kraf tenunan dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.
- Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf tenunan dengan bantuan ICT.
- Kebolehan mengaplikasikan kajian yang berinovatif, kreatif, berdaya usaha serta dapat menghasilkan produk seni kraf tenunan kontemporari.
PELUANG KERJAYA
Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Tenunan, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.
Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).
Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma : 90 jam kredit
STRUKTUR PENAWARAN KURSUS -
Kemudahan
Tenaga Pengajar
Jurusan Seni kraf Tenunan mempunyai barisan tenaga pengajar yang berpengalaman dari segi kemahiran dan rekaan. Setiap tenaga pengajar bertanggungjawab dalam mendidik pelajar agar mampu menguasai ilmu akademik mengikut sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan. Justeru itu, setiap pelajar akan sentiasa dipantau bagi memastikan kualiti pembelajaran berada ditahap yang memuaskan.
Bengkel Tenunan
Terdapat 2 bengkel utama di jurusan ini iaitu bengkel A dan bengkel B. Ianya mampu menampung kapasiti pelajar dari masa ke semasa. Pelbagai kemudahan disediakan bagi memudahkan urusan pembelajaran pelajar.
Studio/Bilik Kuliah
Bagi memudahkan urusan pembelajaran, pihak jurusan menyediakan 2 studio/bilik kuliah yang berfungsi sebagai tempat membuat kelas rekaan, teori dan aktiviti akademik yang lain. Kedua-dua bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin,projector, meja terap dan kemudahan-kemudahan asas yang lain. Pelajar-pelajar boleh mengadakan sesi perbincangan dan latihan antara satu sama lain.
Peralatan Dan Mesin
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, pihak jurusan juga menyediakan pelbagai peralatan dan mesin bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang aspek tersebut. Setiap alatan atau mesin tersebut akan diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar tentang cara penggunaannya dengan betul dan berkesan.
Persekitaran Jurusan
Bagi meningkatkan minat dan keselesaan proses pembelajaran dijurusan ini, pihak IKN telah menyediakan ruang persekitaran yang menarik dan harmoni. Elemen ini penting bagi melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam industri kraf.