Skip to main content

Jurusan Seni Kraf Seramik

  • Pengenalan

    Objektif Pendidikan Program (PEO) Diploma Seni Kraf Seramik

    Objektif Pendidikan Program Diploma Seni Kraf Seramik ialah melahirkan graduan yang berupaya :

    1. Mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang kraf seramik dan berkemahiran tinggi dalam penghasilan produk seramik;
    2. Mengaplikasikan kemahiran teknikal secara kreatif, inovatif dan berteknologi dalam bidang kraf seramik;
    3. Mempunyai sikap tanggungjawab, beretika dan berkomunikasi secara berkesan dalam bidang kraf seramik;
    4. Mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bagi bidang kraf seramik untuk pembelajaran sepanjang hayat.

     

    Di akhir program Diploma Seni Kraf Seramik, graduan berupaya :

    1. Mengaplikasi pengetahuan teori dan amali secara sistematik di dalam penghasilan kraf seramik;
    2. Mengaplikasikan kemahiran teknikal yang tinggi untuk menghasilkan kerja seni yang kreatif dan inovatif dalam kraf seramik;
    3. Menyampaikan maklumat secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf seramik;
    4. Mengolah idea secara inovatif dan kritis dalam penyelesaian asas bidang teknikal seramik untuk menghasilkan produk seramik;
    5. Berinteraksi dan berkolaborasi di dalam kerja berkumpulan bagi menyelesaikan masalah dalam meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf seramik;
    6. Menguasai kemahiran penggunaan teknologi digital secara beretika bagi pengurusan maklumat dalam menyampaikan idea untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf seramik;
    7. Menjalankan aktiviti keusahawanan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang seramik;
    8. Mengamalkan kemahiran kerja beretika secara profesional dalam pembangunan industri kraf seramik;
    9. Mengambil bahagian dalam pelaksanaan kepimpinan dan bertanggungjawab di dalm bidang seramik.


    Objektif Pendidikan Program (PEO)Sijil Seni Kraf Seramik

    Objektif Pendidikan Program Sijil Seni Kraf Seramik ialah melahirkan graduan yang berupaya :

    1. Mempunyai asas ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kraf seramik, asas keusahawanan dan asas komunikasi;
    2. Mempunyai asas kemahiran kreatif, asas teknikal dan teknologi dalam bidang kraf seramik;
    3. Menunjukkan sikap tanggungjawab dan beretika dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi bidang kraf seramik.

     

    Di akhir program Sijil Seni Kraf Seramik, graduan berupaya :

    1. Memahami pengetahuan asas teori di dalam penghasilan kraf seramik;
    2. Mengaplikasikan asas kemahiran amali teknikal untuk menghasilkan kerja seni dalam kraf seramik;
    3. Menyampaikan idea secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf seramik;
    4. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam penghasilan kraf seramik;
    5. Berinteraksi di dalam kerja berkumpulan bagi meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf seramik;
    6. Menggunakan asas kemahiran teknologi digital secara beretika dalam menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf seramik;
    7. Menjalankan aktiviti asas keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bidang kraf seramik;
    8. Bertanggungjawab dan mengamalkan etika bekerja yang selamat dalam bidang kraf seramik.


  • Tenaga Pengajar

    Nama Gelaran Jawatan

    Kepakaran

    Pengkhususan

    Mohd Nursalman Bin Shahbudin Ketua Jurusan Seni Kraf Seramik Pereka Kanan Seramik
    Siti Haniza binti Abd Gani Pereka Pereka Seramik (Penyelaras Program Diploma)
    Mohd Hawari bin Saad Pereka Pereka Seramik (Penyelaras Program Sijil)
    Zulizuwan bin Zolkepli Pereka Pereka Seramik
    Azri Hafizee bin Hariri Pembantu Pegawai Latihan Seramik (Industri)
    Zunita Binti Abu Hashim Pembantu Pegawai Latihan Seramik (Studio)
    Norsiah binti Mohamed Noor Pembantu Pegawai Latihan Seramik (Studio)
    Mohd Zamzuri Bin Mohasir Pembantu Makmal Kajian dan Pewarnaan Seramik
  • Program Pengajian

    Jurusan Seni Kraf Seramik menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Seramik bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

    Program Sijil Seni Kraf Seramik (SK 104) Program Diploma Seni Kraf Seramik (DK 104)

    Program Sijil Seni Kraf Seramik (SK 104)


    SINOPSIS
    Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Seramik bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf Seramik melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Seramik.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Seramik.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Seramik, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil : 65 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS


    Program Diploma Seni Kraf Seramik (DK 104)


    SINOPSIS
    Program ini  bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf Seramik tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Seramik.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Seramik.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran pembuatan kraf Seramik bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.
    • Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Seramik dengan bantuan ICT.
    • Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf Seramik secara tradisional dan kontemporari .

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Seramik, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf,  Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik  serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA  tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma : 90 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

  • Kemudahan

    Tenaga Pengajar
    Pelajar-pelajar di fakulti Seni Reka Seramik dididik oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang seramik. Setiap tenaga pengajar mempunyai abiliti khusus bagi menjalankan tugas sebagai pendidik. Pelajar-pelajar akan diberi pendedahan awal tentang seni kraf warisan seramik serta berkeupayaan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan berkebolehan dalam pengendalian peralatan dan mesin.

    Bengkel Buatan Acuan
    Bengkel Fakulti Seni Kraf Seramik ditempatkan di aras bawah dan di bahagikan kepada tiga bahagian. Bengkel buatan acuan dilengkapi dengan enam unit mesin 'lathe' vertical dan satu unit mesin 'lathe' harizontal, satu unit mesin 'gypsum vacuum agitator' dan tiga unit mesin 'blunger' untuk bancuhan 'slip'. Peralatan yang terkini ialah mesin 'pressure casting' berfungsi untuk menghasilkan produk 'flatware' sebagai contoh produk pinggan dan jubin.